Tun M tunggu APEX 2020 selesai baharu lepas jawatan PM?

Iklan
Dr Mahathir - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka tidak akan menyerahkan jawatannya sehingga Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan dianjurkan Malaysia pada November 2020 selesai.

Menurut sumber daripada Pakatan Harapan (PH), adalah penting dan sesuatu yang bermaruah untuk Mahathir menghadiri persidangan antarabangsa itu yang juga akan dihadiri pemimpin dunia seperti Presiden Xi Jinping dari China.

Iklan
Iklan

Katanya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Menteri Luar memainkan peranan penting dalam penganjuran APEC.

"Tiga jawatan ini tidak harus mempunyai perubahan dalam tempoh setahun akan datang,” katanya.

Iklan

Ujarnya, walaupun ada sesetengah pihak berpendapat Perdana Menteri perlu menyerahkan jawatan tersebut selepas dua tahun, namun ada pemimpin PH yang mempunyai pandangan lain.

"Ada yang berpendapat Mahathir harus menjadi pemimpin pilihan rakyat pertama di dunia yang mempengerusikan mesyuarat APEC sebanyak dua kali.

Iklan

"Keadaan ini akan membolehkan beliau menyerahkan jawatan dalam keadaan yang baik. Ada juga yang berpendapat beliau hanya akan menyerah jawatan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipenjarakan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir janji lepas jawatan PM sebelum PRU15

Tiada perbincangan peralihan jawatan PM