Kedah tetap pulun habis-habisan

Iklan
Lang Merah mempunyai ramai pemain bagi mengisi slot Alves. - Kedah FA

KEDAH tetap akan pulun habis-habisan dalam pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini meskipun tampil tanpa dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali.

Bagi bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah, skuad Lang Merah tidak begitu terkesan tanpa kelibat kedua-dua tonggak itu kerana beliau percaya masih ada pemain yang mampu mengisi kekosongan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak sudah pasti mempunyai taktikal tersendiri bagi memperkemaskan kembali benteng pertahanan skuad Lang Merah dengan ketiadaan Alves dan Rizal.

"Bagi saya, pemain-pemain Kedah pernah melalui situasi sebegini yang banyak mematangkan corak permainan mereka walaupun tampil tanpa tonggak utama pada perlawanan penting.

Iklan

"Kedah tidak ketandusan pemain-pemain yang mampu mengisi kekosongan posisi Alves dan Rizal. Apa yang penting, Aidil perlu memantapkan keserasian pengganti kedua-dua pemain tersebut di barisan pertahanan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Alves dan Rizal tidak dapat diturunkan akibat menjalani hukuman penggantungan perlawanan selepas mereka mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir dan separuh akhir.

Iklan