Ajal tertimbus ketika gali telaga

Iklan
Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berusaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus. - Foto ihsan pembaca

PASIR PUTEH - Seorang lelaki yang sedang melakukan kerja-kerja memasang konkrit telaga maut selepas tebing runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian di Bukit Peraksi di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu mangsa, Terrance Dunstan Peter, 36, yang berasal dari Kampung Skibang, Bau Sarawak disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Cherang Ruku selepas menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, ketika kejadian mangsa turun ke dalam telaga untuk memasang konkrit pertama dikejutkan dengan insiden tanah runtuh.

"Rakannya yang sedang mengawal jengkaut bagaimanapun telah berusaha mengawal tanah lain bagi mengelakkan runtuhan menjadi lebih teruk,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.46 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota termasuk termasuk pegawai telah bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.

Iklan

"Sejurus pihak kami tiba, mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Azhar Elmi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku terlebih dahulu sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto ihsan pembaca

Katanya, bagaimanapun pihak klinik mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Kerja-kerja menggali telaga itu membabitkan mangsa dan rakannya sahaja," katanya.