[VIDEO] 'Sempoi betul ayah dia menari lagu Entah Apa Yang Merasukimu'

Iklan
Tangkap layar rakaman video yang memaparkan seorang ayah yang sempoi melayan karenah isteri dan anak-anaknya.

SHAH ALAM - Perkongsian video yang memaparkan sebuah keluarga menari dengan menggunakan latar belakang lagu nyayian Ilir 7-Salah Apa Aku (Entah Apa Yang Merasukimu) versi remix mencuit hati para netizen.

Namun yang lebih melucukan video yang berdurasi 39 saat itu yang dikongsi oleh akaun @puterinureen_ di Twitter itu adalah gelagat ayahnya yang sempoi dan kelakar melayan karenah keluarganya yang kini tular di media sosial.

Iklan
Iklan

@puterinureen_ turut memuat naik posting memberitahu:"Mempersembahkan tik tok daripada kami, tengoklah daddy,"tulisnya.

Selain daripada itu @puterinureen juga turut berkongsi beberapa video yang memaparkan gelagat ayahnya yang sememangnya merupakan seorang yang lucu dan juga berbakat dalam bermain gitar.

Iklan
Antara reaksi netizen yang berbangga Puteri Nureen mempunyai ayah yang begitu sempoi

Perkongsian video tersebut kini meraih 229,000 tontonan, 10,000 tanda suka dan rata-rata netizen terhibur melihat gelagat ayah Puteri Nureen yang bersemangat berbuat demikian melebihi anak-anaknya.

Netizen juga turut memuji sikap 'sporting' ayahnya kerana tidak ketinggalan mengikut trend terkini yang sebelum ini hanya dilakukan di kalangan orang muda.

Iklan

"Sempoi betul ayah dia menari lagu Entah Apa Yang Merasukimu. Kalau dilihat dari video ini, nampak mereka sekeluarga merupakan sebuah keluarga yang bahagia. Terbaiklah @puterinureen ada ayah seperti ini,"tulis @RamadaniTina.

@lahBabu14 berkata:"Gila sporting dia punya ayah. Memang tak boleh belah sebab ayah dia lagi aktif dari anak-anaknya.