Penyokong utama PM Iraq setuju guling kerajaan

Iklan
Adel Abdul Mahdi. - Foto Agensi

BAGHDAD - Dua penyokong utama Perdana Menteri Iraq setuju untuk menggugurkan sokongan mereka dan menyingkirkan Adel Abdul Mahdi selepas tunjuk perasaan terhadap kerajaan pimpinannya sejak 1 Oktober lalu semakin memburuk.

Pemimpin agama Moqtada al-Sadr yang mengetuai blok terbesar Parlimen menjemput saingan politik utamanya Hadi al-Amiri untuk membantu menggulingkan Abdul Mahdi selepas pemimpin itu enggan meletak jawatan dan mengadakan pilihan raya awal.

Iklan
Iklan

Al-Amiri yang memegang jumlah kerusi kedua terbesar di Parlimen menyatakan persetujuan terhadap rancangan al-Sadr menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

"Kami akan bekerjasama untuk menjamin kepentingan rakyat Iraq dan berusaha menyelamatkan negara," katanya.

Iklan
Iklan

Abdul Mahdi menjawat jawatan Perdana Menteri tahun lalu selepas Baghdad berdepan kebuntuan politik selama beberapa minggu apabila al-Sadr dan al-Amiri gagal mendapatkan undi yang cukup untuk membentuk kerajaan. - Agensi