Penunggang motosikal maut rempuh kren

Iklan
Mangsa dipercayai melanggar blok kecil di hadapan kren.

DUNGUN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kren dalam kejadian di Kampung Tok Arun, di sini pagi tadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.15 pagi tadi apabila kren yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun ingin keluar dari tempat parkir manakala rakan sekerjanya mengawal lalu lintas.

Iklan
Iklan

Pada masa kejadian, rakan sekerja lelaki itu telah menahan sebuah kereta dan motosikal, namun secara tiba-tiba mangsa iaitu Amir Amri Zolkiflee, 29, dikatakan telah memotong kereta berkenaan, lalu melanggar blok kecil di hadapan kren.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi semasa menerima rawatan.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan