Gitaris Damasutra meninggal dunia akibat serangan jantung

Iklan
Antara reaksi netizen yang mendoakan semoga arwah Alok ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

PEMAIN gitar utama Damasutra, Naharuddin Yunus, 55, atau Alok meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang di sini pagi tadi.

Ahmad Fadzli Naharuddin, anak kepada Alok berkata, ayahnya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi selepas usaha untuk menyelamatkannya tidak berjaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ayahnya tidak pernah disahkan menghidap penyakit jantung sebelum ini namun mula batuk berdarah dan sesak nafas pada Sabtu lalu.

"Bila dapat tahu saya terus membawa ayah ke Klinik di Hulu Langat namun keadaan ayah bertambah teruk sejurus sesak nafas dan tidak dapat berjalan dengan sempurna awal pagi ini.

Iklan

"Pemeriksaan telah dilakukan pasukan perubatan Hospital Ampang namun mereka mendapati bacaan jantungnya lemah.

"Tidak lama kemudian, ayah tiada tindak balas sebelum meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Pemain gitar utama Damasutra, Naharuddin Yunus, atau Alok (dua dari kanan), meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ampang, di sini, jam 3 pagi tadi

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Fadzli berkata, sebelum pemergian ayahnya, dia sempat membawa ayahnya keluar makan malam dan seronok melihat ayahnya begitu berselera menikmati makanan.

"Seronok malam tadi saya melihat ayah makan namun tidak menyangka hari ini dia pergi meninggalkan kami," katanya.

Jenazah telah disembahyangkan di Surau Taman Seri Nanding, Hulu Langat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding jam 12 tengah hari tadi.

Ahli keluarga dan kenalan rakan artis termasuk vokalis Damasutra, Baggio turut hadir memberikan penghormatan terakhir pada majlis pengebumian.

Allahyarham menyertai Damasutra pada 1991 dan memiliki empat album iaitu Antara Sutra dan Bulan, Asyik, Kurnia dan Penawar sehingga 1996.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di media sosial bersedih dengan pemergian Allahyarham Alok dan mendoakan agar rohnya sentiasa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Fasial Sani menulis" Innalillahi wainnailayhi raji'un, salam takziah buat keluarga arwah abang Alok. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,"

"Kuatkan semangat buat keluarga arwah abang Alok. Semoga rohnyua ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin," Tulis Rani Dani di Facebook.