Elak pelajar terlibat dadah

Iklan
Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Besar tekun mendengar taklimat AADK.

YAN - Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius.

Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.

"Pihak AADK telahpun mengadakan program PPDa ini di seluruh sekolah sekitar Yan bagi mendidik murid akan bahaya dadah," katanya.

Iklan

Mohamad Farid berkata, selain program PPDa, pihaknya turut melakukan ujian saringan berkala sebanyak dua kali setahun kepada pelajar berisiko.

"Kita turut mengadakan Program Intelek Asuhan Rohani (Pintar) bagi pelajar sekolah rendah dan Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (Shield) bagi pelajar sekolah menengah.

Iklan

"Glongan pelajar mudah terjebak dengan gejala sosial jika tidak diberikan perhatian awal, mereka akan terpengaruh lebih jauh," katanya.

Menurutnya, atas kesedaran itulah pihak AADK sering menganjurkan kem yang dimuatkan dengan pelbagai aktiviti.

"Aktiviti yang dianjurkan juga mampu menguatkan mental serta fizikal mereka supaya menjauhi dadah ataupun gejala sosial,” katanya.

Jelas Mohamad Farid, rata-rata aktiviti disusun menekankan kepada latihan dalam kumpulan yang memfokuskan kepada penyalahgunaan dadah.

"Selain itu, rawatan bantuan pemulihan psikologi dan kaunseling kepada pelajar positif dadah secara 'off record' juga turut ditawarkan.

"Pihak AADK juga akan mengadakan integrasi bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam mengekang penularan dadah dalam kalangan pelajar," katanya kepada Sinar Harian.