BN tidak gentar letak calon MCA

Iklan
Hasni berpelukan dengan Ka Siong pada majlis pengumuman Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon BN di Pusat Gerakan Utama BN Tanjung Piai di sini hari ini.

PONTIAN - Pemilihan calon MCA sebagai wakil Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai16 November ini tidak memberi sebarang tekanan atau masalah kepada parti untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, perkara berkenaan juga sekali gus menjadi titik tolak kepada kekuatan parti yang sentiasa berteraskan muafakat dan boleh bertolak ansur.

Iklan
Iklan

"Parti tidak perlu takut (meletakkan calon MCA), sebab keadaan sekarang ini ada perkara yang lebih perlu diberi keutamaan, kita ada kekuatan yang mana rakyat sendiri boleh menilai keadaan kerajaan sekarang.

"Dengan penipuannya, parti dalam kerajaan yang terumbang-ambing, ia lebih utama. BN tiada masalah kerana sejak sekian lama kita tidak membuat pertikaian (rasis) dalam parti,” katanya.

Iklan

Beliau berkat demikian pada sidang akhbar selepas mengumumkan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon BN di Pusat Gerakan Utama BN Tanjung Piai di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Iklan

Mengulas mengenai penerimaan akar umbi UMNO mengenai keputusan parti memilih MCA untuk mengisi slot calon pada PRK itu, Hasni bagaimanapun tidak menolak terdapat segelintir pihak yang tidak setuju.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dijelaskan dengan lebih lanjut selain memberi jaminan ia boleh diselesaikan dengan baik.

"Saya tidak nafikan dalam tempoh 32 hari selepas kerusi ini kosong, ada sentimen yang mahu (UMNO ambil alih), sebenarnya sentimen ini juga berlaku pada PRU14.

"Jadi berdasarkan perkara ini juga, kita buat perbincangan, kita teliti segala keputusan sehingga ia boleh diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong berkata, pihaknya mempunyai keyakinan tinggi untuk merampas semula kerusi berkenaan selain tidak mempunyai masalah mendapatkan sokongan terutama daripada pengundi Melayu.

"Kita sudah lama bersama, kita faham apa yang berlaku malah kerjasama antara UMNO dan MCA sudah dijalinkan sejak 60 tahun lalu. Kita macam adik beradik dan akan terus seperti itu,” katanya.

Untuk rekod, PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.