Rumah Seram Train To Busan buka tirai hari ini

Iklan
ANTARA watak zombie menakutkan menanti pengunjung bermula hari ini sehingga sehingga 1 Januari depan.

RUMAH Seram Train To Busan yang bakal berlangsung di Resorts World Genting akan membuka tirai kepada semua peminat filem genre tersebut di Malaysia dan rantau ini.

Pertama seumpamanya di dunia, Rumah Seram yang dilancarkan secara rasmi pada hari ini akan menghidupkan kembali filem pecah panggung terkenal dari Korea Selatan dengan kerjasama pihak Genting dan AirAsia.

Iklan
Iklan

Penolong Naib Presiden Acara dan Hiburan Resorts World Genting, Roger Ong berkata, sebagai peneraju dalam bidang hiburan keluarga di Malaysia dan rantau ini, Genting sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan.

"Oleh sebab itu, kami memilih Train To Busan memandangkan ia merupakan filem yang sangat dikenali. Kami juga memilih untuk bekerjasama dengan Vividthree yang merupakan peneraju utama dalam bidang menghidupkan kembali filem-filem blockbuster. Kami amat-amat berterima kasih kerana Vividthree tanpa lengah bersetuju untuk projek ini untuk menghasilkan Rumah Seram hebat ini,” katanya pada majlis khas Rumah Seram Train To Busan di Resorts World Genting, Pahang baru-baru ini.

Iklan

Vividthree merupakan sebuah syarikat produksi kandungan digital dari Singapura yang pernah terlibat filem trilogi pecah panggung, Ah Boys To Men dan filem animasi Hollywood, Robotropolis.Di sebalik tabirRoger menambah, pihaknya yang turut bekerjasama dengan pemilik IP Train To Busan, Content Panda, Korea Selatan turut menggunakan teknologi terkini dunia digital dan realiti maya sekali gus membolehkan seseorang merasai sendiri perasaan takut.

ANTARA watak zombie menakutkan menanti pengunjung bermula hari ini sehingga sehingga 1 Januari depan.

Bercerita lanjut tentang Rumah Seram, katanya, ia dicipta dengan teliti supaya ia memiliki jalan cerita yang sama dengan filem sebenar dan memiliki plot tambahannya sendiri.

Iklan

"Rumah Seram Train to Busan dipecahkan kepada beberapa bahagian dan setiap satu mempunyai keunikan tersendiri. Apabila pengunjung masuk untuk mengalaminya, mereka akan dibawa ke kawasan sibuk di Seoul yang diterangi cahaya lampu neon dan turut menempatkan makanan penjaja terbaik di Korea.

"Selepas membeli tiket kereta api, mereka kemudian akan masuk ke kawasan stesen kereta api yang sudah musnah yang terletak di aras dua stesen yang menghempap para penumpang dan juga terdapat zombie kelaparan di bawah runtuhan.

"Para penumpang kemudian perlu berjalan melalui dua kawasan Rumah Seram. Yang pertama, kedai-kedai runcit sekitar Stesen Keretapi Daejeong yang musnah dan yang kedua, di dalam kereta api yang telah ditinggalkan, tetapi berwaspadalah, anda tidak keseorangan!,” kata Roger dengan nada saspens.

Selepas kawasan Rumah Seram, penumpang kemudian boleh menuju ke kawasan Kem Utama untuk bertarung sama ada sebagai mangsa yang selamat atau menjadi mangsa zombie.

Ujar beliau, setiap zon menawarkan tahap keseronokkan dan ketakutan yang berbeza.

ANTARA adegan menakutkan dalam filem Blockbuster Korea yang menjadi ilham Vividthree menghasilkan acara luar biasa.

Teknologi, busana, solekan

Mengulas lanjut, Roger memberitahu, Rumah Seram akan diseramkan lagi dengan barisan 50 pelakon dan pekerja.

Bekerja mengikut syif, para pelakon (kesemuanya rakyat tempatan) akan memainkan peranan sebagai zombie dan mangsa yang terselamat.

Mengenai solekan dan kostum, ia diketuai oleh artis tempatan yang berpengaruh. Proses solekan untuk seorang pelakon pula akan mengambil masa sehingga dua jam bagi memastikan impaknya yang berkesan.

Dalam perkembangan berkaitan, Roger berkata, persiapan Rumah Seram Train To Busan mengambil masa beberapa bulan untuk siap.

"Ia merangkumi persiapan seni, reka bentuk set, tema peralatan dan teknikal yang membuatkan ia kembali hidup. Pasukan Vividthree amat berhati-hati dalam memastikan suasananya sama seperti dalam filem dengan menggunakan kesan bunyi audio dan aset video untuk meningkatkan lagi realisme,” katanya.

TEKNIK solekan khas menjadikan watak zombie cukup menakutkan.

Cermin berhantu pagar sesat sebagai contoh, mengambil inspirasi daripada filem Mirrors pada tahun 2008 dan babak pertarungan akhir filem Bruce Lee, Enter the Dragon yang membentuk sebuah bilik penuh dengan permukaan reflektif yang mengelirukan dan boneka pakaian menyeramkan.

Permainan menembak VR zombie (terdapat di kawasan kem utama) menjadi lebih menarik dengan membolehkan para pengunjung menjadi tentera Korea, mempertahanjan kawasan kuarantin Busan daripada segerombolan zombie, sama seperti yang dilihat pada babak akhir filem tersebut, ujar Roger.

"Kami amat gembira untuk membuka pintu dan menjemput orang ramai menjadi sebahagian daripada filem ini. Rumah Seram Train to Busan memenuhi semua kriteria yang kami ingin capai di Genting, ia unik, canggih dan mempamerkan bagaimana kami menggunakan teknologi realiti maya untuk mencapai hasil yang terbaik,” ujar beliau.