Arsenal, Liverpool berpesta gol

Iklan
Emery sifatkan pasukannya juga berhak melangkah ke pusingan suku akhir.

PENGENDALI Arsenal, Unai Emery menyifatkan pertembungan pasukannya dengan Liverpool dalam saingan Piala Liga Inggeris di Anfield awal pagi tadi sebagai perlawanan yang gila.

Sebanyak 10 gol terhasil dalam perlawanan itu yang menyaksikan perlawanan terikat 5-5 dan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Liverpool untuk melangkah ke saingan suku akhir.

Iklan
Iklan

Kata Emery, dia tetap berbangga dengan persembahan pemainnya biarpun terpaksa menerima hakikat perjalanan mereka terhenti di tangan Juara Eropah itu.

"Kami berjaya mengikat Liverpool sehingga wisel penamat. Penalti bergantung kepada nasib dan kami tewas," katanya.

Iklan

Emery mengakui sedikit kecewa kerana pasukannya tewas dalam penentuan penalti itu apatah lagi saingan sengit telah diberikan para pemainnya dan percaya mereka juga berhak melangkah ke suku akhir.

"Kami memang sedih tetapi kami terpaksa menerima hakikat ini. Saya fikir kami mampu dan layak untuk melangkah lebih jauh. Tetapi, ini lah bola sepak.

Iklan

"Ada banyak sisi positif yang boleh diambil daripada perlawanan ini. Dari sudut bertahan, kedua-dua pasukan tidak bagus.

"Tetapi dari segi hiburan kepada penonton, mereka terhibur dengan perang gol selama 90 minit. Jaringan sentiasa berubah," katanya.