Keluarga IRONMAN Alfred

Iklan
USIA bukan penghalang buat Irondad, Alfred untuk menyertai Ironman 70.3 Langkawi.

BERSAING dalam acara IRONMAN sememangnya memerlukan disiplin, tekad dan komitmen. Ciri-ciri tersebut harus ditanam dari semasa ke semasa. Masakan tidak, setiap atlet IRONMAN perlu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), 180km dan 42.195km.

Apabila Alfred Cheong membuat keputusan untuk bersaing dalam sukan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal, lelaki itu mengetahui, ia akan mengubah kehidupannya.

Iklan
Iklan

Bercerita lanjut, Alfred memberitahu, beliau memulakan sukan itu pada tahun 2017 selepas membaca artikel mengenai IRONMAN paling berusia, Yee Sze Mun yang berusia 82 tahun.

"Saya melawat Sze Mun di rumahnya dan dia menunjukkan kepada saya semua pingatnya. Saya benar-benar terinspirasi dan hal tersebut membuatkan saya mahu mengambil bahagian dalam IRONMAN,” katanya yang juga merupakan Pengarah Urusan di firma kejuruteraannya sendiri.

Iklan

Sebagai persediaan awal, Alfred menyertai acara Olympic Distance dan melibatkan diri pada Penang Cross Channel.Bersama keluarga

Pada tahun ini, Alfred akan turut diiringi isterinya, Christine Loh, 52, dan dua anak mereka, Joanne dan Samuel pada percubaan sulung mereka dalam acara IRONMAN di Langkawi, Kedah yang bermula pada 26 Oktober lalu.

Iklan

Mereka akan menghadapi cabaran untuk berenang 1.9km di sepanjang pantai Pantai Kok, berbasikal (90km) di kawasan berbukit Pulau Langkawi dan menyelesaikan acara larian 21.1km (ke Meritus Pelangi Beach Resort & Spa).

Jadi, bagaimana jurutera itu memberi inspirasi kepada seluruh keluarganya untuk mengambil bahagian dalam acara IRONMAN?

USIA bukan penghalang buat Irondad, Alfred untuk menyertai Ironman 70.3 Langkawi.

Kata isteri Alfred, Christine:"Pada mulanya, kami hanya menemaninya, kami semua mahu mengikuti dia ke semua tempat yang indah dan berfikir kenapa tidak mula menyertai dia untuk pertandingan IRONMAN juga.”

Wanita itu berkata, beliau memulakan latihan dengan menyertai Standard Chartered Marathon selain menyertai maraton di Chiang Mai, Thailand.

Minat Alfred dan Christine, 52, kemudian turut mempengaruhi anak mereka, Joanne untuk terlibat dalam sukan lasak itu.

"Ayah mempunyai tenaga yang begitu banyak pada usianya kini dan ia telah menjadi inspirasi kepada kami semua.

"Untuk memantapkan diri, saya bermula dengan berjalan pada tahun 2011, sebelum beralih ke berenang dan berbasikal,” kata Joanne, 27.

Selain Joanne, adiknya, Samuel, 24, mengikut jejak langkah sama dengan melengkapkan keluarga IRONMAN itu.

Ujar Alfred, keluarganya menjalani rejim latihan enam hari seminggu termasuk 12 hingga 14 jam seminggu.

"Diet juga penting, kami menjauhkan diri daripada makan makanan ekspres atau diproses,” jelasnya.

Adakah berbaloi menyertai IRONMAN? Dalam reaksi segera, Alfred berkata:"Saya fikir dengan melakukan work out bersama dengan keluarga telah menjadikan kita lebih dekat daripada sebelum ini. Ia membina watak, membantu kita memupuk minda yang lebih kuat dan paling penting, kita merasa hebat selepas bersenam. Saya akan mencadangkannya kepada sesiapa sahaja.”