Kereta terbabas masuk parit

Iklan
Kereta Perodua Myvi ditarik naik ke darat selepas terjatuh ke dalam parit.

SABAK BERNAM - Seorang lelaki cemas apabila kereta dipandunya terjatuh ke dalam parit selepas melanggar belakang sebuah kenderaan di simpang tiga Parit 6 Timur di sini semalam.

Dalam kejadian jam 9.46 malam tadi, mangsa berusia 59 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, ketika kejadian pemandu kereta Perodua Myvi dari arah Sungai Besar.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar sebuah kenderaan dan terjatuh ke dalam parit sebelah kanan jalan.

Iklan
Iklan

"Kes disiasat mengikut Rule 3(2)(B)LN 166/59," katanya.