12 pendatang ditemui dalam peti sejuk beku

Iklan
Seramai 12 individu yang disyaki pendatang ditemui dalam keadaan masih bernyawa dalam sebuah trak sejuk beku ; FOTO: AP

BRUSSELS - Seramai 12 individu yang disyaki pendatang ditemui dalam keadaan masih bernyawa dalam sebuah trak sejuk beku berhampiran bandar Antwerp di Belgium, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Rabu.

Trak itu yang membawa buah-buahan dan sayur-sayuran ditemui di sebuah kawasan parkir di lebuh raya E34 di Oud-Turnhout.

Iklan
Iklan

Polis telah dimaklumkan oleh pemandu trak yang mengesyaki bahawa terdapat individu yang bersembunyi di bahagian belakang kenderaan itu, kata seorang wakil polis persekutuan Belgium.

Kesemua pendatang adalah lelaki, menurut media tempatan. - Bernama

Iklan
Iklan