Bolehkah cuci telekung guna mesin basuh?

Iklan
TIADA masalah membasuh telekung menggunakan mesin basuh asalkan memenuhi hukum fiqh yang ditetapkan. -Gambar hiasan

BAGI kaum Hawa, telekung begitu penting buat mereka kerana ia merupakan pakaian yang digunakan ketika menunaikan solat.

Justeru, apabila mencucinya, ada segelintir mereka begitu berhati-hati kerana khuatir solat mereka tidak sah gara-gara telekung tidak dibasuh dengan betul.

Iklan
Iklan

Malah, ada yang sanggup membasuhnya menggunakan tangan dan tidak menggunakan kemudahan mesin basuh yang ada kerana waswas.

Sebenarnya, bolehkah kita mencuci telekung menggunakan mesin basuh?

Iklan

Dalam hal itu, asas dalam Islam untuk bersuci daripada najis yang zahir ialah ia disucikan hingga hilangnya bau, rasa dan warnanya sama ada dibasuh menggunakan tangan ataupun mesin basuh.

Jika mesin basuh itu tidak mengalirkan air sama ada jenis manual atau automatik, maka adalah lebih baik telekung itu dibasuh terlebih dahulu hingga hilang najis yang terzahir, kemudian dibasuh menggunakan mesin basuh.

Iklan

Namun, jika mesin basuh itu mengalir airnya, sama ada daripada jenis manual atau automatik, maka dengan proses dibilas berkali-kali itu, ia dianggap suci iaitu kembali kepada kaedah asas di atas hingga hilang bau, rasa dan warna najis.

Kemudahan moden boleh membantu manusia, asalkan bertepatan dengan hukum fiqh seperti dibincangkan di atas.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.