TEL AVIV - Konsulat dan Kedutaan Israel di seluruh dunia menghentikan operasi di tengah-tengah mogok yang diselaraskan oleh diplomat dan atase tentera sebagai bantahan terhadap bayaran gaji rendah dan rancangan kerajaan untuk mengenakan cukai yang didakwa akan memberi impak besar kepada golongan itu.
Langkah mogok serentak itu dibuat bermula awal pagi semalam susulan krisis berpanjangan dengan Kementerian Kewangan di Tel Aviv yang gagal mencapai sebarang jalan penyelesaian malah para diplomat dituntut membayar balik ribuan dolar wang perbelanjaan yang diberikan kepada mereka.