Mustapa tetap utamakan agenda pembangunan pendidikan

Iklan
Mustapa bersalaman dengan warga pendidik Parlimen Jeli ketika tiba di Dewan SMK Jeli di sini.

JELI - Biarpun berdepan beberapa kekangan, namun agenda pendidikan tetap menjadi keutamaan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagaimana sebelum ini.

Menurutnya, pendidikan merupakan pembangunan modal insan yang perlu diberikan keutamaan walau dalam apa jua situasi.

Iklan
Iklan

"Pendidikan masih lagi menjadi satu agenda penting bagi saya.

"Saya bercita- cita meletakkan Jeli di barisan teratas dari segi pencapaian dalam pelbagai bidang," katanya ketika berucap dalam majlis himpunan warga pendidik Parlimen Jeli di sini.

Iklan
Iklan

Beliau berterima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus membina kecemerlangan anak- anak di parlimen ini.