Murid boleh tidur awal tanpa siapkan kerja sekolah

Iklan
Draf garis panduan tersebut mencadangkan murid tidur lebih awal dengan kebenaran ibu bapa masing-masing. -Foto Agensi

BEIJING - Satu peraturan baharu diperkenalkan di China yang membolehkan murid tidur pada jam 10 malam walaupun mereka tidak menyiapkan kerja rumah telah mencetuskan perdebatan hangat tentang sistem pendidikan di negara itu.

Wilayah Zhejiang telah menerbitkan draf garis panduan mencadangkan golongan murid tidur awal dengan kebenaran ibu bapa masing-masing.

Iklan
Iklan

Waktu tidur yang dicadangkan adalah 9 malam untuk murid sekolah rendah manakala 10 malam untuk pelajar sekolah menengah.

Difahamkan, murid di negara itu sering dibebani timbunan kerja rumah hingga memaksa mereka berjaga lewat malam.

Iklan

Pelan tindakan 33 perkara diterbitkan menerusi laman Jabatan Pendidikan Zhejiang pada Isnin lalu juga menasihatkan para ibu bapa supaya tidak menggalakkan persaingan dengan murid atau pelajar lain sebaliknya mencadangkan sokongan kaunseling untuk pelajar dan melarang kelas tambahan pada hujung minggu serta cuti sekolah.

Cadangan itu bagaimanapun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang khuatir langkah mengurangkan kerja rumah akan meletakkan anak mereka pada tahap kurang bersedia untuk menghadapi ujian memasuki kolej yang sangat kompetitif.

Iklan

"Saya bantah cadangan ini kerana ia akan menyebabkan kanak-kanak rasa kurang bertanggungjawab," kata seorang pengguna di laman sosial Weibo. - Agensi