Ketua jabatan, agensi JPM perlu berani keluar dari zon selesa: Fuziah

Iklan
Fuziah (dua, kanan) menyampaikan Anugerah Perdana Jabatan Perdana Menteri kepada wakil dari JPM pada Majlis Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Movenpick, KLIA hari ini. -Foto Bernama

SEPANG - Ketua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu berani keluar dari zon selesa untuk berinovasi bagi berdepan cabaran menjalankan tugas seharian, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata, sikap terlalu selesa bekerja dalam kepompong kebiasaan, tidak membantu dalam melonjakkan produktiviti perkhidmatan kerajaan memandangkan terdapat 54 jabatan dan agensi di bawah JPM.

Iklan
Iklan

"Amalan kerja secara silo perlu dipisahkan dari pemikiran kerana boleh menjadi kekangan kepada jabatan dan agensi JPM daripada berinovasi apabila berdepan cabaran bekerja dalam situasi melibatkan banyak agensi lain," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi dan Kecemerlangan JPM (HIK 2019) di sini hari ini, Fuziah berkata, kekangan seperti 'tugas itu bidang kuasa orang lain' boleh diatasi melalui inovasi atau sikap terbuka bekerjasama antara satu sama lain.

Iklan

Inovasi, katanya, tidak hanya dizahirkan melalui pendekatan dan penemuan baharu dalam bidang teknologi sahaja tetapi boleh juga bentuk pembaharuan atau penambahbaikan sesuatu proses untuk menyelesaikan kerumitan atau masalah.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri 2019, manakala Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima Anugerah Perdana JPM dengan kedua-duanya membawa pulang piala pusingan berserta sijil.

Iklan

Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri yang bertemakan Membudaya Inovasi, Mendaya Produktiviti, diberi sebagai pengiktirafan kepada jabatan dan agensi di JPM yang berjaya menghasilkan produk inovasi yang signifikan dan berimpak tinggi.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar. - Bernama