Rakyat Singapura lebih takut lipas daripada mati

Iklan
Gambar hiasan

SINGAPURA - Satu kaji selidik di Singapura baru-baru ini mendapati rakyat negara itu lebih takutkan lipas daripada kematian, hantu dan kesunyian.

Kaji selidik oleh agensi antarabangsa YouGov itu mendapati lipas menghuni senarai keempat perkara paling ditakuti penduduk Singapura di belakang lemas, api dan reptilia.

Iklan
Iklan

Tinjauan oleh agensi berpangkalan di Britain itu membabitkan 1,033 responden pelbagai peringkat umur di seluruh negara sempena sambutan Halloween.

Sementara itu, sebanyak 40 peratus responden takutkan kematian dan 31 peratus responden takutkan labah-labah.

Iklan
Iklan

Sebanyak 39 peratus responden takutkan hantu manakala 21 peratus lagi takutkan doktor gigi. - Agensi