'Selesaikan sebelum 26 Julai atau kami mogok'
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan diberi tempoh untuk menyelesaikan masalah sehingga 26 Julai ini sebelum hartal doktor kontrak dimulakan.
Pencetus idea kempen hartal doktor kontrak, Dr Mustapha Kamal berkata, motif kempen tersebut adalah untuk memperjuangkan nasib doktor di bawah sistem kontrak agar jawatan mereka terjamin dan kesan jangka panjang kepada industri kesihatan.