VIRGINIA - Seorang mahasiswa dari Universiti Virginia disangkakan mati apabila ditemui berlumuran darah apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di sini.
Bagaimanapun darah yang terkena pada badan dan baju putihnya adalah palsu malah gadis itu memakai kostum sempena promosi rumah hantu dengan karektor ikonik Carrie.
Iklan
Iklan
Sidnye Wolfe memuat naik statusnya di Twitter sebelum tular di media sosial.
Katanya, dia meminta maaf kepada paramedik dan polis apabila terkejut melihat dirinya berlumuran darah setelah keretanya melanggar seekor rusa yang melintas jalan.
"Semua orang ingat saya dah mati tetapi saya hanya alami lebam di kaki.
"Sebaik tamat persembahan, saya terlalu penat untuk mencuci makeup dan terus pulang ke rumah namun tidak sangka terlibat dalam kemalangan jalan raya," ciapnya.