Wanita maut dipanah petir

Iklan
Waris mangsa menunjukkan lokasi mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dipanah petir, petang semalam

PEKAN - Seorang pesara Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) maut dipanah petir ketika berada di belakang rumahnya di Kampung Baru Permatang Pauh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Yusof berkata, mangsa Nor Habibi Hasan, 50, ditemui anaknya Ahmad Baihaqi Abdul Hamid, 17, dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 4.30 petang ketika hujan lebat.

Iklan
Iklan

"Anak mangsa membawa ibunya ke dalam rumah dan menghubungi ambulans sebelum kakitangan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohd Razali berkata, bedah siasat yang dilakukan di Hospital Pekan juga mengesahkan sebab kematian mangsa adalah kerana dipanah petir.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Iklan
Iklan