Polis patahkan kegiatan Pati

Iklan
A Asmadi menunjukkan bot laju yang dirampas dipercayai terlibat dengan membawa masuk dan keluar Pati di Pulau Konet, selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di sini, sebentar tadi.

ALOR GAJAH - Kelicikan dua tekong darat warga tempatan yang menggunakan chalet sebagai transit membawa masuk 17 pendatang tanpa izin (Pati), berjaya dibongkarkan Polis Daerah Alor Gajah pada 29 Disember lalu.

Tangkapan dibuat hasil risikan dan operasi bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan dan Jabatan Imigresen Melaka yang dilakukan di sebuah Chalet di Pengkalan Balak, jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, dalam serbuan itu, polis telah menahan keseluruhan seramai 22 orang termasuk 17 lelaki dan empat Pati perempuan, dua tekong tempatan masing-masing berusia 28 dan 30 tahun, dua tekong laut warganegara Indonesia serta seorang perempuan dipercayai pemilik chalet terbabit berusia 28 tahun.

Menurutnya, kesemua Pati yang ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

Iklan

"Daripada risikan dan hasil maklumat yang kita perolehi, aktiviti membawa masuk dan keluar Pati termasuk mereka yang tamat pasport dipercayai dilakukan orang tempatan berdasarkan kelicikan mereka yang lebih mengetahui selok belok air pasang surut selain waktu rondaan pihak berkuasa bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu.

"Pulau Konet di Kuala Sungai Baru juga kita dapati dijadikan sebagai 'port' transit untuk mereka melakukan kegiatan ini, sama ada pada waktu siang ataupun malam," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di sini sebentar tadi.

Iklan

Tambahnya, seramai 42 Pati juga ditahan dalam tempoh 20 Disember tahun lalu hingga 1 Januari lalu dalam serbuan berasingan di daerah ini.