Kopi WONDA lebarkan sayap, jengah pasaran Sabah

Iklan
MOHD SHAFIE (kiri) hadir pada Majlis Pelancaran WONDA 3-in-1 Premium Coffee di Sabah bulan lalu.

JENAMA minuman kopi popular WONDA melancarkan Wonda 3-in-1 Premium Coffee di Sabah, selepas mendapat sambutan yang cukup mengalakkan dalam kalangan penggemar kopi di Kuala Lumpur.

Rangkaian kopi yang dijual secara eksklusif di Pasar Raya Bataras itu hadir dalam tiga variasi istimewa iaitu Original, Mocha dan Kopi Tarik.

Iklan
Iklan

Kehadiran WONDA 3-in-1 Premium Coffee sesungguhnya telah memudahkan pencinta kopi di sana menikmati perasa kopi pilihan tidak mengira masa dan lokasi.

Barangkali, kenikmatan menghirup secawan kopi WONDA itu lebih dirasai sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Iklan

Mengulas lanjut, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif Etika Sdn Bhd, Santharuban T. Sundaram, Bataras menjadi platform memasarkan set WONDA 3-in-1 Premium Coffee memandangkan ia merupakan pasar raya utama di Negeri di Bawah Bayu tersebut.

"Secara tidak langsung, kami memudahkan akses penggemar kopi khususnya peminat WONDA membeli minuman istimewa ini di semua cawangan Bataras bermula pada bulan Oktober.

Iklan

"Selain di pasar raya berkenaan, warga Sabah juga berpeluang mendapatkan produk kopi WONDA secara atas talian,” jelas beliau dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Majlis Pelancaran WONDA 3-in-1 Premium Coffee tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.