RON97 turun 3 sen, RON95, diesel kekal

Iklan
Gambar hiasan - Foto internet

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97 turun 3 sen seliter kepada RM2.56 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga bahan api itu ditetapkan bagi tempoh 2 hingga 8 November berdasarkan penetapan harga runcit secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan pengiraan formula tersebut, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah RM2.26 seliter dan RM2.33 seliter masing-masing.

"Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.29 seliter, manakala kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.29 seliter," katanya.

Iklan

Bagaimanapun kementerian itu berkata, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

"Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 2 hingga 8 November 2019 adalah berjumlah RM86.2 juta," katanya.

Iklan