LHDN lancar HASiL Live Chat

Iklan

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan ‘HASiL Live Chat’ sempena Sambutan Hari Inovasi dan Integriti LHDN 2019 hari ini untuk membudayakan inovasi dan memperkasakan penyampaian perkhidmatannya.

LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata, HASiL Live Chat itu merupakan platform interaksi secara langsung dalam usaha menyelesaikan isu-isu percukaian.

Iklan
Iklan

"Menerusi ruangan chat ini, pembayar cukai boleh berinteraksi dengan pegawai-pegawai LHDNM yang ditugaskan khusus untuk menjawab soalan-soalan berkaitan percukaian daripada mereka," kata LHDN.

HASiL Live Chat beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang dan dikendalikan pegawai dari Pusat Panggilan LHDN atau Hasil Care Line.

Iklan
Iklan

Pada majlis sambutan itu juga, LHDN melancarkan Pelan Antirasuah LHDN (PeARL) 2019-2023 yang secara tidak langsung menggantikan Pelan Integriti LHDNM (PIL 2.0) yang tamat tempoh pelaksanaannya pada 2018. - Bernama