'Bukan mahu bermusuh dengan UMNO, Pas'

Iklan
Badhrulhisham (tiga dari kanan) diumum akan bertanding pada PRK Tanjung Piai,

PUCHONG - Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) hari ini mengumumkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai apabila menamakan Presidennya, Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz sebagai calon.

Badhrulhisham berkata, keputusannya bertanding di Parlimen tersebut bukanlah kerana bermusuh dengan UMNO, Pas atau parti lain.

Iklan
Iklan

Sebaliknya, katanya prinsip Berjasa masih sama iaitu mahu mengangkat mesej ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’ di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu Islam.

"Kami tiada masalah dengan calon dari Barisan Nasional (BN), kami menghormati pandangan Pas dan BN dalam pemilihan calon di Tanjung Piai.

Iklan

"Cuma kami mahu mengangkat agenda yang cukup penting kepada negara terutamanya mengangkat martabat Melayu Islam di Malaysia. Dari tahun 2013 lagi kami konsisten dengan prinsip kami,” katanya pada sidang akhbar pengumuman calon Berjasa di Ibu Pejabat Berjasa di sini hari ini.

Badrulhisham berkata, Parlimen Tanjung Piai bukanlah asing buat parti itu kerana pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mereka bertanding di kawasan itu atas tiket Pas.

Iklan

"Mungkin ramai tidak tahu, Berjasa bertanding di sana pada PRU14 atas tiket Pas dengan mempertaruhkan Nordin Othman.

"Jadi, Tanjung Piai bukanlah asing bagi kami dan bukan kami rebut kerusi dari Pas dan UMNO tapi ia adalah kerusi Berjasa yang kita tanding dulu atas tiket Pas,” katanya.

Meskipun calon tersebut tewas teruk dalam PRU14, Badhrulhisham optimis Berjasa mampu menawan Parlimen Tanjung Piai dalam PRK pada 16 November ini.