Belanjawan Selangor catat penurunan perbelanjaan RM0.23 bilion

Iklan
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2020 Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Belanjawan Selangor 2020 mencatatkan penurunan perbelanjaan sebanyak RM0.23 bilion iaitu daripada RM2.56 bilion kepada RM2.33 bilion bagi tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, daripada RM2.33 bilion itu, sebanyak RM1.2 bilion (51.44 peratus) diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, sementara RM1.133 bilion (48.56 peratus) bagi perbelanjaan pembangunan.

Iklan
Iklan

"Belanjawan 2020 dijangka akan mengalami defisit berjumlah RM133 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan.

"Jumlah defisit ini bagaimanapun lebih rendah berbanding tahun 2019 iaitu RM360 juta," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri menganggarkan kutipan hasil bagi tahun 2020 sebanyak RM2.2 bilion daripada premium tanah, cukai tanah dan pemberian persekutuan.

"Penyumbang utama kepada hasil negeri adalah premium tanah iaitu sebanyak RM968 juta diikuti hasil cukai tanah sebanyak

Iklan

RM568 juta dan pemberian Persekutuan iaitu RM224 juta.

"Prestasi kewangan kerajaan negeri sehingga 18 Oktober lalu adalah baik dengan kedudukan rizab semasa negeri sebanyak RM2.32 bilion," katanya.