NEW ZEALAND menamatkan kempen Piala Dunia 2019 dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan Wales 40-17 pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Tokyo, Jepun petang tadi.
Pemain sayap All Blacks, Ben Smith menyempurnakan dua daripada empat try New Zealand pada babak pertama perlawanan selepas rakan sepasukannya, Joe Moody dan Beauden Barrett bertindak cemerlang menafikan hajat pemain Wales pada minit ke-19 untuk memimpin perlawanan 28-10 pada separuh masa pertama.
Iklan
Iklan
Bersambung babak kedua, New Zealand berjaya melakukan lebih banyak percubaan menerusi Ryan Crotty dan Richie Mo'unga untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 40-17.
Kemenangan itu juga menyaksikan Wales terus mencatatkan rekod kekalahan yang berpanjangan kepada New Zealand yang juga juara dunia tiga kali sejak pertemuan pertama mereka pada tahun 1953.
Sementara itu, England bakal membuat perhitungan terakhir dengan Afrika Selatan dalam aksi final di Stadium Yokohama, Jepun petang esok.
England mara ke pentas final selepas menafikan hajat New Zealand pada aksi separuh akhir apabila mengejutkan All Blacks dengan kemenangan 19-7.
Afrika Selatan pula meraih kemenangan tipis ke atas Wales 19-16 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir, sekali gus mara ke final buat kali ketiga sejak edisi 1995 dan 2007.