Penyelam jumpa bangkai helikopter

Iklan
Helikopter itu dilaporkan terhempas kira-kira dua minit selepas ia berlepas dari Dokdo lewat semalam.

SEOUL - Pasukan penyelam dari perkhidmatan keselamatan Korea Selatan, menjumpai bangkai helikopter yang membawa tujuh penumpang dan terhempas di laut kira-kira dua minit selepas ia berlepas dari kepulauan kecil Dokdo lewat semalam.

Agensi berita Yonhap melaporkan, ia turut menemukan satu mayat berhampiran bangkai Airbus H225 Super Puma terbabit.

Iklan
Iklan

Tujuh rakyat Korea Selatan dilaporkan hilang dalam kejadian itu yang berlaku selepas misi menyelamat seorang nelayan cedera.

Susulan insiden itu, pengawal pantai di Seoul dan beberapa bot awam melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Iklan

"Nelayan tersebut kehilangan jarinya dalam satu kemalangan dan memerlukan pembedahan segera yang hanya boleh dilakukan di tanah besar.

"Jadi, kru penyelamat membawanya ke Dokdo dan menunggu helikopter di sana,” jelas jurucakap pihak berkuasa.

Iklan

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam satu kenyataan turut mengarahkan pemeriksaan keselamatan dilakukan ke atas helikopter H225 yang lain.

Difahamkan, Seoul telah mengawal kepulauan kecil Dokdo di Laut Jepun atau Laut Timur sejak 1945 selepas pendudukan Tokyo di Semenanjung Korea berakhir, namun Tokyo masih menuntut kedaulatan pulau itu yang digelar Takeshima oleh mereka. - AFP