Pemilik pusat tuisyen bertanding calon Bebas

Iklan
Dr Ang Chuan Lock

PONTIAN - Dr Ang Chuan Lock, 49, bertekad mahu menjadi pemangkin suara ketiga rakyat dengan menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai sebagai calon Bebas.

Beliau yang juga merupakan pengusaha pusat tuisyen terkenal berkata, fokus pendidikan turut menjadi agenda utama pihaknya bagi memastikan masyarakat Parlimen Tanjung Piai mendapat kualiti pendidikan yang sepatutnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selepas kematian bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau terpanggil untuk menceburkan diri dalam dunia politik.

"Sebelum ini saya tiada niat untuk menyertai arena politik tetapi ianya datang selepas kematian (Allahyarham) Datuk Farid.

Iklan

"Lama juga saya memikirkan untuk terlibat dalam dunia politik ini.

"Tujuan saya menjadi calon adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat di sini dan seperkara lagi saya juga tiada masalah bekerja dengan mana-mana parti politik,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Iklan

Chuan Lock berkata, beliau juga akan menggunakan simbol kunci sebagai logo pilihan raya.

"Pemilihan kunci adalah bersama nama saya sendiri iaitu 'Lock'," katanya sambil tersenyum.