Tempoh mengundi PRK Tanjung Piai dilanjut 30 minit: SPR

Iklan
Datuk Azhar Azizan Harun

PONTIAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan beberapa penambahbaikan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai termasuk memanjangkan waktu mengundi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang, berbanding hanya jam 5 petang sebelum ini.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, kesemua penambahbaikan berkenaan telah dilaksanakan di beberapa PRK sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah dengan menambah 26 saluran baharu di pusat mengundi yang ramai pengundi.

"Kita tambah daripada 101 saluran ke 127 saluran dan pengundi berusia 60 tahun ke atas akan mengundi di saluran 1 dan 2.

Iklan

"Pengundi orang kurang upaya (OKU) akan mengundi di saluran 1 dan setakat ini seramai 981 OKU dikenal pasti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya pada sidang akhbar setelah selesai proses penamaan calon PRK Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Sementara itu Azhar berkata, SPR juga akan menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi secara live streaming di laman sosial Facebook.

Iklan

Katanya, usaha berkenaan adalah sebagai pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat berhubung proses pengiraan undi semasa pilihan raya.

"Selain itu, penghantaran kad pengundi (voters card) yang mengandungi maklumat daftar pemilih seperti pusat mengundi, saluran mengundi, nombor bilangan pengundi dan masa mengundi kepada 52,978 pengundi demi kemudahan dan kelancaran proses pengiraan undi.

"Bagaimanapun pengundi masih perlu membawa kad pengenalan sebagai pengesahan identiti untuk mengundi," katanya.