Polis terima laporan kes curi di MotoGP

Iklan
Litar Antarabangsa Sepang (SIC). foto: BERNAMA

SEPANG - Polis mengesahkan menerima laporan daripada Bahagian Keselamatan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berhubung dakwaan berlakunya kes kecurian yang berlaku di MotoGP.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah.

Iklan
Iklan

"Kita terima satu laporan yang dibuat oleh Bahagian Keselamatan SIC semalam. Namun tiada dinyatakan secara terperinci barang yang hilang.

"Kes masih dalam siasatan lagi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Semalam sebuah portal melaporkan kem pasukan perlumbaan Angel Nieto dimasuki pencuri.

Portal berkenaan memetik laporan daripada laman web Lalasport, menyatakan komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

Iklan

Pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi dipetik berkata, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri.