PH, hentilah bergaduh sesama sendiri

Iklan
Muhammad Afiqq

MACHANG- Pemimpin-pemimpin parti kerajaan diminta menghentikan perbalahan sesama sendiri sebaliknya memberi tumpuan kepada rakyat dan pembangunan negara.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Muda Kelantan, Muhammad Afiqq Noh berkata, pertikaian dan kecam mengecam antara satu sama lain melibatkan parti yang sama hanya akan merugikan mereka apabila tindakan itu mengundang negatif di kalangan rakyat.

Iklan
Iklan

Katanya, kenyataan terbuka yang mengecam tindakan satu-satu pihak dalam parti yang sama dan saling berbalas kenyataan seolah-olah menjadi trend politik semasa dan lebih malang, melibatkan parti-parti orang Melayu.

"Hentikanlah tohmahan, ugutan, pertikaian atau apa sahaja yang boleh mencalarkan imej parti dan kerajaan sebaliknya menumpukan kepada kepentingan rakyat dan pembangunan negara.

Iklan

"Pemimpin-pemimpin negara perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat agar dapat menarik lebih banyak sokongan pada masa akan datang seterusnya mendapat kepercayaan meneruskan kepimpinan negara," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertikaian antara Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai pemberian kontrak kepada ketua bahagian untuk mengekalkan kuasa.

Iklan
Katanya, PKR turut mengelirukan rakyat apabila berdepan pelbagai masalah dalaman yang membabitkan ketidaksefahaman di kalangan pemimpin-pemimpinnya.