14 polis ditangkap bersama air ketum

Iklan
Dua botol dipercayai air ketum ditemui dalam Op Blue Devil.

SHAH ALAM - Seramai 14 anggota polis ditahan dan dua botol air ketum ditemui ketika Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri (JSJN) Selangor melaksanakan Op Blue Devil di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan pemeriksaan pada jam 4.01 pagi itu dilakukan ke atas 14 anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dan enam kereta MPV Shah Alam, di tingkat empat tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di sini.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya terpaksa menangkap anggota polis melalui Op Blue Devil kerana sebahagian daripada tugas polis bagi memastikan pasukan itu berintegriti.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan Op Blue Devil bagi mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan pegawai dan anggotanya.

Iklan
Iklan