Fasa kedua Fantasia Aquapark bakal dibangunkan tahun depan

Iklan
Hasnan (tiga dari kiri) bergambar bersama pengurusan BDB Leisure sebelum acara memotong kek sempena ulang tahun Fantasia Aquapark hari ini.

JITRA - Fantasia Aquapark yang dibina dua tahun lalu bakal dirancakkan lagi dengan pembinaan fasa kedua tahun depan.

Ketua Leisure dan Hospitaliti, Bina Darulaman Bhd (BDB) Leisure, Hasnan Mokhtar berkata, pembinaan itu akan menawarkan lebih kepuasan dan tarikan kepada orang ramai terutama yang berkeluarga untuk beriadah di taman tema berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pada awal pembinaan kita menyasarkan pengunjung di bawah usia 12 tahun dengan memperkenalkan konsep berhibur sambil belajar.

"Kita bercadang memperkenalkan segmen bagi pengunjung dewasa selepas sambutan sangat memberangsangkan sepanjang dua tahun ini," katanya ketika ditemui pada program Fantasia Aquapark Fun Run di Tasik Darulaman di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan membabitkan lima gelongsor untuk golongan dewasa.

Sementara itu, Hasnan berkata, pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang hari ini sambutan ulang tahun kedua taman tema berkenaan.

Iklan

"Antaranya acara larian sejauh 5km mengelilingi tasik dan kawasan berdekatan. Seramai 500 peserta terlibat dalam larian ini dan ramai daripada mereka terdiri daripada penduduk di sekitar Jitra.

"Selain itu, kita menawarkan promosi dengan setiap pembelian lima tiket pengunjung akan mendapat satu tiket percuma," katanya.