Myanmar terus berduka selepas 6 bulan rampasan kuasa
Iklan
Gambar fail menunjukkan para penentang rampasan kuasa tentera cuba melindungi diri daripada terkena gas pemedih mata pihak berkuasa di Yangon, Myanmar. - Foto AFP
MYANMAR dilanda ketidaktenteraman dan kestabilan selama lebih enam bulan sejak kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan oleh junta tentera dalam satu rampasan kuasa aman pada 1 Februari lalu.
Lebih 900 orang telah terkorban dan ribuan lagi ditangkap selepas berlaku keganasan dan penentangan-penentangan terhadap pentadbiran junta tentera yang melakukan rampasan kuasa tersebut.