Kanak-kanak berusia 13 tahun jadi ketua keluarga
Iklan
SHAH ALAM - Tanggal 23 Julai lalu menjadi tarikh keramat buat empat adik beradik selepas ibu kesayangan, Noraisah Sabri yang juga merupakan ibu tunggal meninggal dunia angkara Covid-19.
Muhammad Hafiz Muhamad Zulkifli, 13, Nor Adira Husna Muhamad Zulkifli, 11, Nor Mastura Muhamad Zulkifli, 8, dan Nor Adra Mellisa Muhamad Zulkifli, 7, hilang tempat mengadu dan kini mengharapkan belas ihsan ibu saudara mereka.