SST anjur seminar rungkai ilmu Magnet Rezeki

Iklan
Faridah (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Prof Dr Muhaya (dua dari kiri) yang menjadi penceramah jemputan pada Seminar Mega Magnet Rezeki di IDCC Shah Alam.

SHAH ALAM - Syakirin Souls Transformation (SST) sebuah organisasi pelatihan untuk menyampaikan dakwah menganjurkan Mega Seminar Magnet Rezeki bertempat di Pusat Konvensyen IDCC di sini hari ini.

Pengerusi SST, Datuk Faridah Mohd Ali berkata, program julung kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran hampir 1,500 peserta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program selama sehari itu mengundang Pengasas Magnet Rezeki, Nasrullah Najmudin yang dikenali Pak Nasrullah dan penceramah jemputan, Prof Dr Muhaya Mohamad.

"Seminar dibahagikan kepada beberapa slot untuk perkongsian ilmu latihan dan motivasi yang diambil daripada buku terlaris dari Indonesia, Rahsia Magnet Rezeki dan disampaikan sendiri oleh Pak Nasrullah.

Iklan

"Buku Rahsia Magnet Rezeki ini mendapat sambutan luar biasa dengan ulang cetak sebanyak lapan kali hasil cetusan Pak Nasrullah yang merupakan saintis yang juga pemaju hartanah serta penulis," katanya yang ditemui pada program Mega Seminar Magnet Rezeki bertempat di IDCC di sini hari ini.

Katanya, seramai 40 pelatih tempatan yang dikenali sebagai Certified Trainer Magnet Rezeki (CTMR) mengambil inisiatif mengembangkan ilmu Magnet Rezeki di Malaysia di bawah penubuhan SST.

Iklan

"Saya berharap ilmu ini dapat berkembang di seluruh Malaysia kerana membantu kita melakukan perubahan persepsi dan merungkai persoalan menggunakan kaedah 'garpu tala' berpandukan al-Quran, rujukan dalam kehidupan.

"SST sendiri sasarkan, ilmu ini dapat disebarkan kepada dua juta penduduk Malaysia dalam tempoh lima tahun dari sekarang," katanya.

Katanya, peserta yang mengikuti seminar tersebut turut didedahkan dengan enam daripada 101 bahagian Magnet Rezeki.