Oh, kome durian dah melambak!

Iklan
Dulu jika berlaku lambakan durian tidak lagi dijual dengan cara sebiji, sebiji sebaliknya diganti dengan kaedah sebakul, sebakul. Gambar hiasan.

‘KALAU awak hendak makan durian marilah ke kampung saya. Di kampung saya banyak pokok durian. Dalam surat yang lepas awak kata tidak pernah tengok pokok durian. Kalau awak hendak tahu pokok durian rendah-rendah sahaja. Rupanya macam pokok kelapa sawit.’ Sampai mati pun saya tidak akan lupa ayat-ayat itu. Ayat yang saya petik daripada surat seorang sahabat pena yang nama dan alamatnya saya peroleh daripada sebuah majalah kanak-kanak. Waktu itu umur saya sekitar 11 tahun.

Walaupun di kampung saya tidak ada banyak pokok durian, tetapi saya tidaklah terlalu naif untuk percaya pada apa yang ditulis oleh sahabat pena saya itu. Cuma saya tidak faham kenapa dia membohongi saya? Adakah sekadar bergurau? Atau dia memang jenis yang suka mencari sahabat pena untuk diajak merapu? Sampai sekarang saya tidak mendapat jawapannya kerana selepas itu dia tidak lagi membalas surat-surat saya.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.