Muhyiddin tidak boleh tangguh letak jawatan lagi: Puad Zarkashi
Iklan
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh terus menangguhkan hasrat meletak jawatan pada saat negara berdepan krisis pandemik Covid-19 yang boleh mengheret negara ke arah porak peranda.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, hal ini disebabkan beliau kini dianggap sudah tidak lagi mempunyai masa tambahan susulan 'wisel penamat sudah ditiup banyak kali'.