Ismail Sabri dijangka buat pengumuman penting jam 4 petang
Iklan
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting melalui sidang media khas pada jam 4 petang ini.
Sumber dalaman UMNO berkata, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO difahamkan akan mengumumkan pendirian ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui sidang media itu.