Politik Muhyiddin masih bernyawa, langkah UMNO sumbang?
Iklan
SEGALANYA bermula dengan sidang khas Parlimen. Susulan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa amat dukacita terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana bertindak membatalkan Ordinan Darurat tanpa menunggu perkenan Seri Paduka Baginda.
Negara kemudiannya gegak gempita dengan polemik mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, barisan Jemaah Kabinet, Speaker Parlimen dan Peguam Negara untuk meletak jawatan susulan kerajaan PN didakwa 'menderhakai' Istana Negara.