Adakah Muafakat Nasional telah terkubur tanpa nisan?
Iklan
PIAGAM Muafakat Nasional yang dimeterai oleh dua parti Melayu Islam terbesar negara, UMNO dan Pas pada 14 September 2019, kini telah memasuki usia 22 bulan.
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menjadi saksi dua parti yang telah berseteru sejak 1977, bergabung atas nama Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia.