Ujian PCR, RTK-Ag mahal punca rakyat guna kit ujian kendiri
Iklan
SHAH ALAM - Kos bagi menjalani ujian RT-PCR (PCR) dan RTK Antigen (RTK-Ag) yang mahal ketika ini menyebabkan rakyat memilih untuk menggunakan kit ujian kendiri Covid-19.
Bagaimanapun, tinjauan Sinar Ahad mendapati rata-rata orang ramai menyifatkan harga kit ujian kendiri Covid-19 berkenaan iaitu RM39.90 setiap satu masih tinggi bagi golongan B40.