Ahli Parlimen wanita masih dibelenggu politik ‘seksis’
Iklan
Persidangan Parlimen negara sentiasa memperlihatkan perdebatan hangat mengenai isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh menteri di pihak kerajaan dan ahli-ahli Parlimen baik di blok kerajaan mahupun pembangkang. Tidak terkecuali perbahasan hangat pada hujung bulan lalu.
Namun, ada pendapat yang menyatakan dalam banyak sesi perdebatan seolah-olah wujud isu diskriminasi atau ‘seksis’ dalam kalangan suara wakil rakyat wanita semasa perbahasan.