Muhyiddin perlu kembali sokong PH, bentuk kerajaan perpaduan: Khalid Samad
Iklan
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan kembali menyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baharu, sekali gus memberi ruang pakatan itu mewujudkan kerajaan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik.
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, cadangan itu dikemukakan memandangkan Muhyiddin secara jelas sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen susulan keputusan UMNO menarik sokongan terhadap beliau.