Tak berhenti-henti desak, Pas tanya pembangkang takut kalah usul di Parlimen?
Iklan
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin pembangkang yang tidak henti-henti mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan pada saat negara berdepan dengan kemuncak krisis pandemik Covid-19.
Jelas beliau, desakan pemimpin pembangkang termasuk segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah menunjukkan mereka bimbang dengan kemungkinan usul undi percaya kepada Muhyiddin yang akan diadakan pada sidang Parlimen bulan September hadapan, bakal memihak kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.