Nama Najib dan Tengku Razaleigh disebut-sebut PM Interim
Iklan
SHAH ALAM - Seminggu selepas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan partinya menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, dua nama pemimpin utama UMNO disebut-sebut sebagai Perdana Menteri Interim.
Dua nama berkenaan ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.